Tempatan

P Ramasamy Cabar Pengundi Muda Singkir Ahli Politik Jaguh Etnik Dan Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 04 Februari 2022 – Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, P Ramasamy mengingatkan pengundi muda berumur 18 hingga 21 tahun supaya menolak pemimpin yang hanya berselindung sebagai jaguh etnik dan agama.

“Pengundi ini mesti sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka, dan melibatkan diri dalam pemikiran yang betul untuk menyingkirkan mereka yang berselindung sebagai jaguh etnik dan agama.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu juga mencabar pengundi muda berumur 18 tahun yang akan mengundi buat kali pertama dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor akan datang untuk menjadi agen perubahan sebenar.

“Pengundi muda mesti membuat keputusan sama ada mereka hanya akan menjadi penumpang dalam proses politik atau pengubah keadaan.”

Tambah beliau, pengundi muda mempunyai potensi yang besar untuk membuat perubahan melalui pembuangan undi dan sokongan yang menjadi pilihan pengundi muda.

“Adakah pengundi muda mampu dan bersedia untuk menghadapi cabaran bukan sahaja pada PRN Johor tetapi juga dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi?” soal P Ramasamy.

Beliau turut mempersoalkan adakah pengundi muda mampu menggunakan peluang yang diberikan ini dengan menterjemahkannya kepada sesuatu yang bermakna buat semua rakyat Malaysia.

Pada Julai 2019, Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 melahirkan rasa gembira melihat proses demokrasi berparlimen negara berjalan lancar apabila Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan di Dewan Rakyat, diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Beliau berkata, keputusan 211 Ahli Parlimen menyokong RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 menggambarkan kematangan dan pencapaian rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada parti BERSATU, PKR, DAP, Amanah dan beberapa lagi parti lain sebagai kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: