Tempatan

Rugi Lebih RM100 Ribu Ditipu Pembelian Laptop

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 04 Februari 2022 – Seorang wanita berusia 32 tahun telah membuat laporan polis mendakwa beliau kerugian lebih kurang RM109,200 kerana ditipu dalam pembelian tiga buah komputer riba.

Seperti yang dilaporkan oleh portal BFM, mangsa mendakwa bahawa beliau ternampak sebuah iklan di aplikasi Instagram bulan lepas sebelum membuat pembelian.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan menyuruh mangsa membuat pelbagai jenis pembayaran kepada akaun yang berbeza-beza untuk hal-hal seperti kos penghantaran, pengaktifan kad jaminan, cukai kastam dan cabutan bertuah.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut mangsa, beliau pada mulanya membuat bayaran wang deposit sebelum disuruh membuat pelbagai pembayaran seperti yang disebutkan di atas.

Secara total, mangsa mendakwa beliau telah membuat 15 transaksi sebelum merasa curiga kerana komputer riba beliau masih belum diterima setelah dua minggu membuat pembayaran.

Walaupun telah membuat pembayaran yang begitu banyak, suspek masih lagi menghubungi mangsa untuk meminta lebih banyak bayaran dilakukan sekaligus menambahkan lagi kecurigaan mangsa terhadap transaksi yang berlaku.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Usaha mengesan pemilik lima akaun bank berkenaan juga sedang giat dijalankan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: