Tempatan

Undi 18, LFL Bantah Tahan Pelajar SPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) dan NGO Lawyers for Liberty (LFL) membantah penangkapan dua orang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung soalan kertas peperiksaan subjek Sejarah dalam sebuah video viral baru-baru ini.

Video tersebut menunjukkan pelajar SPM mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan subjek Sejarah serta menghina negara Singapura.

Pihak polis kemudiannya menahan kedua-dua remaja itu selepas menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun.

BACA JUGA: Gesa Kerajaan Mansuhkan DLP, Kumpulan Dilabel “Ultra-Nasionalis”

BACA JUGA: Muslim Eropah Digesa Boikot Kurma Rejim Haram Israel

BACA JUGA: Luruan Monsun, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Sehingga 1 Mac

Bagaimanapun, persatuan UNDI18 menganggap bahawa penahanan tersebut akan mengganggu fokus serta emosi kedua-dua pelajar yang masih menduduki peperiksaan SPM sekali gus berpendapat bahawa tindakan guru yang membuat laporan berkenaan adalah tidak wajar dan kurang tepat.

Tegas organisasi itu, kedua-dua pelajar adalah pelajar sekolah dan kurang pendedahan terhadap bahaya menggunakan platform media sosial.

Justeru itu, UNDI18 menggesa Kerajaan memansuhkan Seksyen 233 Akta SKMM supaya tidak disalahgunakan terhadap rakyat yang mengekspresikan pendapat dan pandangan mereka bagi menjamin hak kebebasan bersuara.

Dalam pada itu, Pengarah LFL, Zaid Malek juga mengecam tindakan pihak polis yang disifatkan ‘terlalu keras’ serta boleh memberikan ‘trauma melampau’ kepada pelajar dan keluarga.

“Ini semua kerana satu video di mana mereka meluahkan kekecewaan terhadap kertas Sejarah SPM. Walaupun ada kata-kata tidak menyenangkan yang dikeluarkan, ia tidak mewajarkan campur tangan pihak polis. Ia sepatutnya menjadi urusan pihak sekolah dan ibu bapa mereka.”

Tambahnya, “Mereka hanyalah remaja yang bersikap kebudak-budakan dan mereka sudah meminta maaf atas video itu, namun mereka dilayan seperti penjenayah berat.”

Mengulas lanjut, Zaid berkata bahawa Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) menjadi halangan kepada kebebasan bersuara dan bertentangan dengan janji reformasi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kritikan terhadap Kerajaan tidak seharusnya dijadikan jenayah, apatah lagi luahan kemarahan kebudak-budakan oleh remaja. Adakah setiap remaja akan ditahan dan didakwa hanya kerana membuat kecaman secara dalam talian?” soalnya.

Beliau turut mengecam tindakan berlebihan yang diambil terhadap penahanan dua orang remaja terbabit serta menggesa semua tindakan polis dihentikan dan diserahkan kepada pihak sekolah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: