Tempatan

KPKT Batu Loncatan DAP – Adun Bemban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – “DAP mahu menjadikan KPKT sebagai batu loncatan untuk mencapai agenda mereka. Jika agenda licik ini berjaya, ia malapetaka kepada orang Melayu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Kenyataan beliau itu adalah merujuk kepada pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bahawa beberapa pakar HDB dari Singapura akan dihantar ke Malaysia pada Februari ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran.

BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini

BACA JUGA: Hina Monarki, Lelaki Dipenjarakan 28 Tahun Di Thailand

BACA JUGA: Zaman Pendakwah ‘Pembangkang Kerajaan’ Sudah Tamat – Menteri Agama Saudi

Menurut beliau, keputusan Kerajaan dalam membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura iaitu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dilihat sebagai cara untuk melemahkan politik Melayu.

Jelasnya, banyak dasar dan polisi seperti Kuota Perumahan, Group Representation Constituency (GRC) serta skim penempatan semula bandar yang terbukti berjaya dalam melemahkan kuasa politik orang Melayu di negara berkenaan.

“Inilah konsep dan idea HDB. Hari ini konsep ini cuba diperluas ke seluruh Malaysia oleh Menteri KPKT. Di Pulau Pinang, DAP sudah berjaya, kini sasarannya Persekutuan.”

Malah, beliau turut mempersoalkan keberadaan pemimpin UMNO yang ‘senyap’ berhubung isu ini.

Beliau berkata, hanya pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang dilihat lantang bersuara dalam mendedahkan agenda DAP ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Wira Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA), Mohamad Razif bin Ros menyuarakan bantahannya terhadap cadangan KPKT ini kerana dibimbangi ia akan menggugat atau mencabul kedaulatan dan keselamatan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: