PRU-15

UMNO Johor Tidak Mahu Gabungan Membabitkan DAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 21 November 2022 – UMNO Johor berpendirian bahawa gabungan politik yang dibentuk tidak perlu membabitkan DAP, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Menurutnya, keutamaan parti politik ketika ini membentuk gabungan politik yang stabil, oleh itu Kerajaan Persekutuan ditubuhkan perlu berfungsi serta berfahaman sederhana (moderate) untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan.

Sebelum ini, Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengeluarkan kenyataan persendirian bertegas untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan.

Menurut Hishammuddin, untuk menubuhkan kerajaan yang stabil perlulah bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan, dan itu bukanlah dengan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, hari ini samudera.my melaporkan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa pimpinan parti mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PN) termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara, pagi tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: