Selepas PRU-15, Lagu ‘Satu Malaysia’ Hujani TikTok
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Selepas berlalunya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), laman sosial TikTok kini dihujani dengan video-video dari penggunanya yang memuat naik lagu ‘Satu Malaysia’ sebagai luahan kekecewaan dengan situasi politik negara yang sedang bergolak.
Menurut satu perkongsian yang mendapat 106.3k likes, @ainarf_ mengimbau kembali kejayaan negara yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di serata dunia.
“did you remember 1bangsa 1negara 1malaysia that we proud all over the world. are we still one Malaysia? Are we still brother and sister, melayu chinese indian dll??”
Meninjau ke ruangan komen pula, pemilik akaun @AffAzmn160 yang mendapat 10.3K likes berpendapat bahawa “Aq rasa perpaduan slogan 1Malaysia zaman Najib antara dirindui semua org.”
Selain itu, @sheshitraa juga memuat naik video dengan muzik latar lagu ‘Satu Malaysia’ serta kapsyen bahawa lagu tersebut membuatnya sebak.
Perkara itu turut diakui oleh pengguna-pengguna aplikasi tersebut di ruangan komen, di mana mereka turut menyatakan perkara yang sama.
Antara komen yang mendapat perhatian dengan 25K likes iaitu @Mohd Aidil, “why suddenly i miss najib” dan komen “Bring back najib era wei”, dari @Koku mendapat 5K likes.
Terkini, negara masih belum mempunyai Perdana Menteri ke-10 dan masih menunggu Kerajaan baharu dibentuk selepas kesemua gabungan politik gagal membentuk Kerajaan majoriti hasil keputusan PRU-15 pada 19 November lalu.
“Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini,” jawab Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai status Perdana Menteri baharu sejurus keluar dari Istana Negara semalam.