PRU-15

PRU-Pulau Pinang Serentak: Apakah PKR & Amanah Terlalu Lemah…? – Wong Chin Huat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 

PULAU PINANG, 12 Oktober 2022 – “Menariknya, sebab yang diberikan oleh DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya bersama negeri-negeri BN ialah, mereka bimbang dengan prestasi PKR dan Amanah. Adakah PKR dan Amanah terlalu lemah sehingga mereka tidak mampu untuk memperbaiki prestasi mereka dengan tambahan 8-9 bulan?”

 

Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat, memuatkan pertanyaan tersebut di dalam hantaran Facebooknya berkenaan isu DAP Pulau Pinang yang cuba memujuk DAP Pusat untuk membenarkan mereka mengadakan pilihanraya serentak dengan pilihanraya persekutuan.

 

Beliau cuba meyakinkan kepimpinan DAP Pulau Pinang bahawa dengan mengadakan pilihanraya berasingan dengan persekutuan, perkara itu akan membawa kebaikan kepada DAP, PH dan rakyat Pulau Pinang.

 

Menurutnya lagi, kelebihan mengadakan pilihanraya kemudian adalah sama impaknya sepertimana yang berlaku di dalam pilihanraya pertengahan penggal di Amerika. Pembangkang di Amerika kalah pilihanraya presiden, tetapi memperolehi sokongan yang lebih kuat semasa pilihanraya pertengahan penggal. Menggunakan lojik yang sama, ia akan memberikan kelebihan kepada parti yang tidak memenangai PRU 15.

 

Beliau juga menyatakan bahawa, mengadakan pilihanraya berasingan dapat membantu untuk menentukan ‘kawasan hitam’ dari keputusan PRU 15.pkr

 

“Sepertimana pelajar yang dapat belajar dari kesilapan mereka semasa peperiksaan semester untuk lebih berjaya di dalam peperiksaan akhir, perkara ini hanya akan memberikan kelebihan kepada PH,”

 

Alasan bebanan kos tambahan yang dikatakan jika pilihanraya negeri diadakan secara berasingan, sebenarnya tidak terlalu besar jika menurut kenyataan Wong Chin Huat. Beliau menyatakan kos tambahan untuk Pulau Pinang hanya sekadar 6% dari kos keseluruhan. Mengadakan pilihanraya raya semasa banjir juga menurut Wong Chin Huat tidak memberikan kelebihan kepada DAP & PH di mana sumber-sumber negeri terpaksa ditarik dari bantuan kepada rakyat dan dialihkan kepada pilihanraya.

 

“Ini berbunyi seperti penduduk Pulau Pinang terlalu patriotic dan sanggup untuk menjimatkan wang kerajaan pusat dari mempunyai kerajaan negeri yang memberikan perhatian yang lebih kepada mereka semasa banjir?”

 

Beliau mengakhiri hantaran tersebut dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor, dan mungkin juga Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan kerana bertegas untuk tidak membubarkan kerajaan negeri masing-masing secara serentak dan mengadakan pilihanraya persekutuan-negeri bersama.

 

“Ini mencerminkan kebijaksanaan kedua PH dan PN/PAS.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: