Antarabangsa

Cas ‘Blue Tick’ Twitter Ditangguhkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAN FRANCISCO, 07 November 2022 – Pengesahan ‘blue tick’ berbayar Twitter yang sepatutnya dilancarkan pada hari ini ditangguhkan pada 9 November hadapan, selepas pilihan raya pertengahan penggal di sana esok.

“Kami telah membuat keputusan untuk memindahkan pelancaran ini kepada 9 November, selepas pilihan raya,” kata pengurusan syarikat tersebut.

Penangguhan pelancaran pengesahan ‘blue tick’ yang bernilai AS$8 (RM37.98) sebulan dibuat sehari selepas pengumuman pelancarannya.

Terdahulu, Elon Musk mengumumkan perubahan kepada proses pengesahan Twitter setelah mengambil alih syarikat media sosial itu dalam perjanjian AS$44 bilion (RM208.92 bilion).

Dalam pada itu, Elon Musk dilaporkan mengarahkan pasukannya untuk mencari sehingga AS$1 bilion (RM4.18 bilion) dalam penjimatan kos infrastruktur tahunan.

Selain itu, menurut Ketua Keselamatan Dan Integriti Syarikat, Yoel Roth, Musk turut memberhentikan 50 peratus pekerja Twitter, termasuk pekerja dalam pasukan amanah dan keselamatan.

Keputusan itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung syarikat setiap hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: