Tempatan

PM Baca Fatihah, Ahli Parlimen Melalak Seperti Kera. Mana Adab? – Presiden QIAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2021 – “Apakah mereka masih berkiblatkan negara India atau China? Mengapa semasa Perdana Menteri membaca al-Fatihah pun mereka terus melalak seperti kera di hutan tanpa mempunyai adab, tatatertib yang tinggi dan nilai hidup seperti manusia bertamadun?”

“Sudah tiba masanya untuk Kerajaan membentangkan satu peraturan Parlimen yang baru mensyaratkan hanya calon-calon yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu, Tata Pekerti dan Kenegaraan anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sahaja yang boleh diterima dan layak sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya,” kata Presiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Dato’ Sirajuddin Salleh.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai sikap ahli pembangkang yang biadab di persidangan Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu, selain terpekik terlolong dan tidak hormat kepada Yang Dipertua Dewan serta Perdana Menteri, termasuklah penghinaan terhadap Islam.

Menurutnya, setelah Merdeka lebih dari 60 tahun, perkara-perkara itu tidak boleh dipandang enteng lagi kerana kita tidak mahu Parlimen yang mulia diisi oleh wakil-wakil rakyat YB, bukan Yang Berhormat tetapi Yang Biadab dan tak ubah seperti samseng jalanan.

“Sudahlah mereka tidak fasih berbahasa Melayu, malah tidak faham juga soal kenegaraan. Jauh sekalilah tentang disiplin ilmu ataupun gaya perbahasan, perdebatan beretika dan perkara ini amat ketara semasa Kerajaan PH sebelum ini,” ujar Dato’ Sirajuddin.

“Perlu diingatkan kepada mereka berkali-kali ini bukan negara China atau India.”

Menurut Dato’ Sirajuddin, sebagai yang mengaku diri mereka rakyat Malaysia, tidak ada sebab sama sekali wakil-wakil rakyat ini masih tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak faham agama serta Tatasusila Dewan dan Perlembagaan Negara.

Tegas Dato’ Sirajuddin, sebenarnya akta untuk melalak tidak ada di dalam Parlimen, tetapi Parlimen mempunyai buku panduan atau Standing Orders “Code of Conduct” khusus yang menggariskan tatacara kod etika dan kaedah berbicara dan berdebat di dalam Dewan yang mulia.

Ujar beliau lagi, satu perkara yang diberikan kepada ahli-ahli Dewan ini adalah kebebasan berbicara dan berdebat tanpa sekatan bertujuan agar suara sebenar rakyat dapat disampaikan.

“Agaknya sebab inilah ahli-ahli Parlimen bercakap apa saja hingga kadangkala melalak dan melolong seolah-olah lupa yang mereka itu manusia bergelar YB, Yang Berhormat yang diberi mandat oleh rakyat.”

Jelas beliau, sikap biadab itu kian menjadi sejak Kerajaan didakwa tidak mempunyai majoriti besar di Parlimen dan acap kali perintah Yang Dipertua Dewan tidak diendah dan tidak dihormati.

“Ungkapan “Dengan Izin” disebut sambil lewa saja dan seringkali ungkapan ini juga terus diabaikan. Sehingga ada YB yang berani menghina Islam, menghina YDP Agong dan semestinya perbuatan itu merupakan kesalahan yang amat serius,” katanya.

Bagi Dato’ Sirajuddin, disebabkan itu, seharusnya ahli Parlimen yang disifatkan sebagai tidak faham bahasa ini dikenakan hukuman sama ada keluar Dewan atau digantung untuk tempoh-tempoh tertentu atau dikenakan apa sahaja hukuman serta-merta.

“Apa pun, kita hanya memerlukan ahli Parlimen yang dilantik untuk berbahas dengan baik dan berdisplin bagi mencerminkan kita mampu mencapai ketamadunan yang tinggi dengan penuh adab dan tatasusila,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: