Tempatan

Orang Melayu, Ambil Perhatian Dan Tentang Keputusan Kerajaan – Teraju Nilam NAJM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 September 2021 – “Saya berharap orang-orang Melayu akan mengambil perhatian akan apa yang akan berlaku pada 14 September nanti. Diharapkan orang-orang Melayu akan bersatu menentang keputusan kerajaan untuk meluluskan UEC,” kata Teraju Nilam NAJM, Nadia Aziz.

Ujarnya, pendidikan kebangsaan telah lama dipinggirkan oleh anak-anak bukan Melayu yang memilih aliran vernakular.

“Impak UEC ini sama dengan impak sekolah vernakular: memecah belahkan perpaduan dan menghalang anak-anak Cina untuk fasih berbahasa Melayu.”

Bagi Nadia, Perdana Menteri Ismail Sabri bukan sahaja seorang pemimpin yang kurang keyakinan diri, malahan seorang yang terlalu gelojoh.

Ini berikutan tindakan Ismail Sabri yang mempersetujui satu perjanjian tidak masuk akal dengan pihak yang tidak mempunyai majoriti.

“Disebabkan kurang latihan berfikirlah kerajaan yang diketuai Ismail Sabri ini mengambil keputusan untuk meluluskan UEC.”

“Inilah akibatnya apabila sesebuah parti diberi kuasa memerintah terlalu lama membuatkan mereka tepu dan dungu,” kata Nadia lagi dalam wawancara bersama wartawan samudera.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: