Tempatan

Ahli Dewan Negara Serah Memorandum Bangkang Tangguh Parlimen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2021 – 11 Ahli Dewan Negara hadir ke Parlimen pada Selasa untuk menghantar satu memorandum kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim bagi memohon persidangan Dewan Negara diteruskan.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Negara, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff kepada Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah di pekarangan laluan masuk ke bangunan Parlimen.

Yusmadi berkata, kesemua mereka hadir bagi menyatakan kekesalan apabila persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada 3 hingga 5 Ogos ditangguhkan dengan notis yang pendek dan didakwa tidak mengikut peraturan mesyuarat Dewan Negara.

Malah Dewan Negara juga didakwa sebagai tempat selamat untuk bersidang justeru ia tidak wajar ditangguhkan.

“Kami juga dimaklumkan bahawa hampir semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah menerima dua dos vaksin yang melayakkan ‘herd immunity’ dicapai di kawasan Parlimen. Berdasarkan fakta tersebut kami berpendapat Dewan Negara selamat untuk bersidang.”

“Pihak kami juga menyatakan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.”

Senator Raj Munni, salah seorang Ahli Dewan Negara yang terlibat berkata, tindakan mereka bertegas mahu persidangan Dewan Rakyat diteruskan bagi mempertahankan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Lebih penting, mereka tidak sepatutnya terikat dengan Dewan Rakyat yang telah ditangguhkan kerana Dewan Negara mempunyai komposisi ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang juga mewakili kepentingan minoriti penduduk di negara ini.”

“Kami percaya Dewan Negara yang berfungsi sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi Parlimen dan raja berperlembagaan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka.

Memorandum tersebut ditandatangani bersama 15 lagi Ahli Dewan Negara iaitu Senator Raj Munni Sabu, Senator Theodore Doughlas, Senator Ismail Yusof, Senator Husam Musa, Senator Yaakob Sapari, Senator Donald Peter Mojuntin, Senator Mohd Imran Abdul Hamid dan Senator Ahmad Azam Hamzah.

Turut terlibat, Senator Lim Hui Ying, Senator Nga Hock Cheh, Senator Alan Ling Sie Kiong, Senator Adrian Banie Lasimbang, Senator Kesavadas Achyuthan Nair dan Senator Suresh Singh.

Pada 31 Julai lalu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi satu notis kepada semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat memaklumkan, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. ()

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: