PRU-15

Perjuangkan UEC Dalam Manifesto PRU15 Adalah Satu Lawak Jenaka – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 November 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Mahmud Hishamuddin menyifatkan perjuangan Unified Examination Certificate (UEC) di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu lawak jenaka.

Ini kerana menurut beliau, jelas templat UEC atau ringkasnya Sijil UEC iaitu Sijil Lepasan Sekolah Menengah Cina Persendirian adalah berasal daripada Taiwan.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Tuan Mahmud Hishamuddin berkata, dengan mengharapkan rakyat untuk cinta kepada negara tetapi menggunakan naratif yang luar dari kerangka, contohnya seperti sekolah vernakular adalah satu perkara yang mustahil.

“Jadi mana mungkin kita nak mengukuhkan rakyat di Malaysia untuk faham sejarah negara kalau templat diambil dari luar negara, tidak mungkin!” tegas beliau.

Oleh itu, isunya bukanlah menghalang orang Cina atau India mempelajari bahasa mereka tetapi untuk memupuk perpaduan di Malaysia, malangnya negara masih mengambil model yang menyediakan orang-orang yang hendak balik ke negara asal mereka.

“Kena faham bahawa asas sekolah vernakular itu ialah untuk menyediakan mereka balik ke negara asal.”

Beliau juga dengan lantang mempersoalkan apakah rakyat Malaysia tidak boleh bersama di dalam sekolah kebangsaan.

Menyedihkan kerana sehingga kini, di dalam manifesto PRU-15 masih lagi mengekalkan perjuangan tersebut demi menjaga hati parti-parti kompenan, yang seharusnya isu ini dititikberatkan secara serius oleh pemimpin-pemimpin negara.

Beliau mengutarakan kenyataan tersebut ketika ‘Sidang Media Pembela Berkaitan PRU15’ di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: