Belia PEMBELA Mahu PM Beri Jaminan Tak Dagang UEC Kerana Politik
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 11 September 2021 – Kerajaan Ismail Sabri diminta mengeluarkan jaminan bahawa UEC tidak akan didagangkan semata-mata kerana perebutan jawatan politik, tegas Ketua Belia PEMBELA, Nor Aizat Rahimi.
Laporan portal yang menyebut bahawa penerima UEC sebagai salah satu item dalam rundingan CSA dilihat sebagai satu pengkhianatan dan juga akan membawa kepada perpecahan dalam negara, ujarnya.
“Sudahlah selama ini wang harta dijadikan sebagai taruhan, bahkan lebih teruk lagi sekiranya laporan ini benar, maruah dan identiti negara dan tanah air juga dijadikan sebagai taruhan dalam percaturan politik, sungguh jijik.”
Oleh itu, “Kerajaan pimpinan UMNO seharusnya tidak menggadaikan prinsip mereka dalam mempertahankan maruah identiti tanah air,” kata Aizat mengakhiri kenyataan.