PRU-15

Penguasaan Bahasa Melayu Wajar Dijadikan Prasyarat Utama Pemilihan Calon – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 – Penguasaan Bahasa Melayu yang baik wajar menjadi prasyarat utama dalam pemilihan calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, hal ini penting agar mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih efisien supaya tidak menimbulkan pemahaman bahasa dan budaya setempat.

Turut sependapat, pakar bahasa Melayu, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, penguasaan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan calon bukan sahaja memudahkan komunikasi dengan masyarakat setempat, tetapi juga mendaulatkan bahasa tersebut.

“Wakil rakyat yang dilantik sebagai pemimpin tidak boleh berbahasa Melayu, itu bukan isu politik tetapi isu negara kerana kita kena ingat bahawa Bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu, tetapi bahasa kebangsaan.”

Bertepatan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, kementerian dan agensi Kerajaan perlu menjadi contoh terbaik dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: