Antarabangsa

Facebook Bersekongkol Dengan Parti Pemerintah India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 17 Mac 2022 – Al Jazeera baru-baru ini mendedahkan strategi berkempen ‘licik’ yang dilakukan parti politik pemerintah di India, Bharatiya Janata Party (BJP).

Lebih memeranjatkan lagi, the Reporters’ Collective, sebuah badan kajian persendirian, telah mendedahkan bahawa Facebook juga telah ‘bersekongkol’ dalam hal ini.

Menurut laporan tersebut, BJP telah menggunakan perkhidmatan ‘pengiklan hantu’, sebuah taktik promosi di mana syarikat-syarikat yang tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan BJP turut ‘membantu’ mempromosikan propaganda kempen pilihan raya BJP di Facebook.

Dengan menggunakan cara ini, sesebuah parti politik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan tingkah laku ataupun apa-apa iklan yang menyalahi peraturan Facebook kerana iklan-iklan dan kempen tersebut tidak disiarkan oleh parti secara rasmi.

Turut didedahkan, Facebook telah membuang lebih kurang 687 akaun dan laman Facebook yang berkempen untuk parti seteru BJP, parti Congress. Hal ini disahkan sendiri oleh kenyataan rasmi Meta, syarikat penaung Facebook.

Manakala bagi ‘kempen hantu’ BJP, hanya 1 laman dan 14 akaun yang mempromosikan BJP telah dilenyapkan dari Facebook.

Terdahulu, BJP telah ‘menang besar’ dalam pilihan raya negeri-negeri di India, di mana mereka berjaya mencengkam 4 dari 5 negeri yang bertanding.

Leave a Reply

Back to top button