Tempatan

UEC: Tak Mahu Lagi Sebutan Terbulu-bulu – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 September 2021 – “Satu tragedi kalau kerajaan kita benarkan perkara ini, sebab itu kita minta pada pemimpin kita, kita tidak mahu lagi dengar ada pemimpin-pemimpin kita dalam Dewan Rakyat yang bahasa kebangsaannya sebut sampai anak kita pun tergelak, terbulu-bulu dan sebagainya,” tegas Pengerusi PEMBELA, Tn Hj Aminuddin Yahaya dalam Pidato Pertiwi minggu lepas.

Kata Aminuddin, “UEC ini bukan isu jual nasi lemak, bukan isu jual mee goreng tetapi isu pendidikan. Pendidikan yang membentuk manusia, yang membentuk pemimpin yang akan mewarisi negara kita ini”.

Kerana itulah cubaan kerajaan untuk mengiktiraf UEC dibantah kerana implikasinya sangat besar.

“Mana mungkin kita boleh benarkan satu sistem pendidikan yang mengenepikan bahasa kebangsaan. Mana mungkin kita benarkan satu pendidikan mendewa-dewakan negara-negara lain.”

Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang “mengatakan mereka inginkan perpaduan kaum, inginkan keharmonian kaum, inginkan integrasi kaum, dalam masa yang sama mereka mendewakan bahasa dan sejarah mereka”.

“Kalau lahirlah mereka ini satu hari nanti memegang negara kita, apa akan jadi kepada negara kita ini? Adakah negara kita ini hanya menjadi sebagai boneka kepada negara lain ataupun bagaimana?” soal Aminuddin lagi.

Justeru, para pemimpin diminta menilai semula cadangan untuk mengiktiraf UEC.

“Kita minta pemimpin kita lihat secara matang bukan kerana undi, kerana takut hilang kuasa dan sebagainya menyebabkan kita kompromi benda yang paling asas sekali dalam perjuangan kita.”

Kenyataan ini disampaikan beliau dalam Pidato Pertiwi bertajuk ‘UEC Barah Perpaduan’ yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi pada 18 September lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: