Antarabangsa

Ucapan Kebencian: Ucapkan Sesuatu Dengan Senyuman Sewaktu PRU Bukan Jenayah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DELHI, 30 Mac 2022 – Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Chandra Dhari Singh memutuskan bahawa ucapan yang dikeluarkan sewaktu pilihan raya adalah berbeza dengan ucapan yang dikeluarkan pada hari-hari biasa.

“Jika anda mengatakan sesuatu dengan senyuman maka tidak ada jenayah, jika anda mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati maka ianya jenayah. Anda perlu semak dan imbang. Jika tidak, saya fikir mungkin 1,000 First Information Report (FIR) dikemukakan terhadap semua ahli politik semasa pilihan raya,” ujarnya seperti dilaporkan The Indian Express.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas mahkamah mendengar petisyen pemimpin Communist Party of India (Marxist) (CPI(M)) Brinda Karat, terhadap perintah mahkamah rendah, di mana permohonan untuk pendaftaran FIR terhadap Menteri Kesatuan, Anurag Thakur dan Ahli Parlimen, Parvesh Verma atas dakwaan ucapan berbaur kebencian mereka ditolak.

Kes ini berkaitan dengan dakwaan ucapan kebencian berhubung rusuhan menentang Akta Kewarganegaraan (Pindaan) (anti-CAA protests) yang berlaku pada Disember 2019 di Uttar Pradesh, mengorbankan 22 orang.

Tambah mahkamah, kadangkala perkara yang diucapkan hanyalah sekadar untuk mencipta ‘mahaul’ (suasana) tanpa ada niat.

“Adakah ianya ucapan pilihan raya? Adakah ianya ucapan pilihan raya atau ucapan pada waktu biasa? Jika ianya ucapan yang diberikan sewaktu tempoh pilihan raya, maka ianya perkara yang berbeza. Jika kamu memberikan ucapan pada waktu biasa, maka ianya menghasut. Dalam ucapan pilihan raya, banyak perkara yang dikatakan dari ahli politik kepada ahli politik lain…itu juga sesuatu yang salah, tetapi saya perlu melihat jenayah perbuatan itu.”

Malah, menurut mahkamah, sesuatu itu dikira jenayah apabila ia bertujuan untuk memenangi pilihan raya atau untuk menghasut orang awam.

“Kerana kita juga berada dalam demokrasi…kamu juga mempunyai hak untuk bersuara dan semua perkara ini. Bila dan pada masa apa ucapan itu dinyatakan, dan apa niatnya? Hanya niat untuk memenangi pilihan raya atau menghasut orang awam termasuk di bawah jenayah. Kedua-duanya adalah dua perkara yang berbeza, maka kita perlu (memohon) mens rea.”

Mens rea adalah niat untuk melakukan jenayah, pengetahuan bahawa sesuatu perbuatan yang akan dilakukan itu salah.

Leave a Reply

Back to top button