Tempatan

Ramai Komuniti Cina Malaysia Tidak Sokong Sekolah UEC – Tai Zee How

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 April 2022 – Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How menyatakan bahawa ramai di kalangan komuniti Cina Malaysia yang tidak menyokong sekolah persendirian beraliran UEC (Unified Examination Certificate).

“Ramai di kalangan komuniti Cina Malaysia tidak menyokong sekolah persendirian beralirkan UEC”.

Beliau juga dalam hantaran di laman Facebooknya menempelak YB Nga Kor Ming yang melibatkan seluruh komuniti Cina dalam mempersoalkan mengenai bilakah sekolah persendirian Cina akan mendapat peruntukan yang dijanjikan oleh Kerajaan.

“Jangan pandai-pandai nak kata komuniti Cina menunggu”.

“Kalau nak kata juga, katalah “Sebahagian” komuniti Cina sedang menunggu,” tambah beliau.

Selain itu, Tai Zee How menyeru Kerajaan supaya memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan sahaja.

Beliau turut menegaskan sebagai seorang anak Malaysia berketurunan Cina dan sebahagian daripada komuniti Cina serta membayar cukai pendapatan, “Saya tidak mahu satu sen pun daripada cukai saya diperuntukkan kepada sekolah melainkan sekolah yang beralirkan kebangsaan”.

Ini kerana, menurut beliau terdapat ramai komuniti Cina di Malaysia berfikiran ke-Malaysia-an dengan menghantar anak mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Justeru, “Jangan sesekali wakili komuniti Cina” dengan memberikan peruntukan kepada sekolah selain Sekolah Kebangsaan seperti sekolah antarabangsa, sekolah swasta, sekolah persendirian, sekolah agama bukan aliran kerajaan, sekolah bahasa asing dan sebagainya.

Leave a Reply

Back to top button