Tempatan

Iktiraf UEC Satu Pengkhianatan – Mantan Ketua Nazir Perak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 September 2021 – Mengiktiraf UEC yang menggunakan silibus dari Taiwan dan China serta menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar merupakan satu pengkhianatan kepada dasar pendidikan negara dan Perlembagaan negara, kata Zulkifli Yahya, Ahli Dewan Kepimpinan Nasional BERJASA.

Namun, orang-orang politik menggunakan UEC demi kelangsungan politik mereka mengakibatkan tidak ada lagi parti politik yang boleh diharapkan untuk memperjuang dan mempertahankan sistem pendidikan negara pada hari ini.

Mantan Ketua Nazir Negeri Perak itu kemudiannya menggunakan contoh yang berlaku pada Pilihan Raya ke-14 di mana parti-parti politik ketika itu berlumba-lumba untuk mendapat sokongan orang-orang Cina.

“Pakatan Harapan (PH) misalnya, telah meletakkan dalam manifestonya untuk mengiktiraf UEC apabila mereka menjadi kerajaan. Di pihak kerajaan pula ketika itu, pada 15 Mac 2017, Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Ketua Penerangan UMNO ketika itu telah mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC.”

Tambah Zulkifli, antara petikan ucapan Annuar Musa adalah, “Tidak ada sebab untuk tidak mengiktiraf UEC. Ia tidak mencabuli Perlembagaan, jadi mengapa tidak. Jika ada dakwaan mengatakan UEC tidak selari dengan dasar pelajaran kebangsaan, tunjukkan kepada saya bagaimana.”

“Kemudian pada 30 April 2018, Datuk Seri Najib ketika berucap di Kota Kinabalu, dia berjanji untuk mengiktiraf UEC jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat kemenangan yang besar pada PRU-15,” katanya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zulkifli.

Manakala PAS yang bersama-sama dengan kerajaan hari ini dilihat masih lagi membisu walaupun peringkat awal mereka memberi penegasan bahawa mereka menolak UEC.

Atas sebab ini, Cikgu Zukifli menyeru kepada pemimpin Melayu supaya berani tampil untuk memperjuangkan dasar pendidikan negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: