Tempatan

Buku Teks UEC: Perempuan Boleh Jadi Imam Kepada Lelaki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 19 September 2021 – “Malah ada buku teks di hadapan itu gambar macam orang telanjang. Adakah ini buku teks yang nak kita ajar? Digambarkan juga bahawa ugama Islam itu perempuan boleh menjadi imam kepada lelaki. Ini tak boleh,” ulas Datuk Abdul Raof Hussin mengenai kandungan buku teks UEC.

Ujarnya, UEC dan SJKC semenjak awal mendidik pelajarnya anti-kerajaan dan anti-perpaduan.

“Padahal, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1996 semua menekankan kesepaduan rakyat. Tetapi buku mereka tidak ada.”

Bukan itu sahaja, buku Sejarah UEC hanya mengandungi sejarah negara China. Tiada langsung sejarah mengenai Malaysia, tambahnya.

“Di dalam buku ini, tidak ada satu pun cerita mengenai Malaysia. Yang diagongkan adalah Dinasti Ming. Cuba dilindung-lindungkan kekuatan, ketamadunan kerajaan Melayu Melaka. Ini yang dikatakan barah. Segala-gala yang bercorak ke Malaysia tidak dikehendaki oleh Dong Zong.”

“Kenapa mereka guna ini? Sebab tidak mahu pelajar-pelajar UEC berjiwa Malaysia,” kata Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) itu sewaktu menyampaikan pidato bertajuk ‘UEC Barah Perpaduan’ malam tadi di TV Pertiwi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: