Tempatan

Kerajaan Perlu Sedar Kesan Buruk Iktiraf UEC – Presiden ISMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 08 September 2021 – “Pihak kerajaan perlu sedar bahawa kesan buruk mengiktiraf UEC akan meluaskan lagi jurang perpaduan antara kaum di Malaysia, kata Presiden ISMA Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Maka, ISMA mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri dan barisan Kabinet untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menurutnya, mengiktiraf UEC sama seperti pengkhianatan kepada negara kerana ianya akan menggugat keharmonian kaum dan sistem pendidikan negara.

“Umum telah mengetahui UEC bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara.”

“UEC juga merupakan silibus yang dibawa dari luar negara dan tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.”

Tegas Ustaz Muhammad Fauzi, bagi memastikan perpaduan kaum di Malaysia bertambah kukuh, Malaysia perlu kembali kepada Dasar Pendidikan Negara yang memfokuskan pada penggunaan Bahasa Melayu, kurikulum dan sistem peperiksaan yang selaras.

Apatah lagi sistem SPM dan STPM sedia ada telah diiktiraf antara terbaik dunia.

Oleh itu, beliau mendesak kerajaan untuk tidak tunduk pada tuntutan mana-mana pihak atau pertubuhan seperti Dong Zong mahupun Hua Zong yang mahu mengiktiraf UEC.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: