Tempatan

Pelanggan Kelab Malam Dibenarkan Menari Bermula 14 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2022 – Aktiviti menari dalam pub dan kelab malam kini dibenarkan setelah pihak kerajaan memberi lampu hijau bagi premis-premis hiburan sebegini beroperasi bermula malam ini.

Ketika menari, pemakaian topeng muka adalah tidak diwajibkan, sepertimana aktiviti makan dan minum dalam premis.

Para pelanggan diwajibkan menjalani ujian pantas antigen (RTK-Ag) COVID-19 kendiri sebelum datang, dalam tempoh 24 jam, menurut garis panduan yang telah dikeluarkan pihak berwajib.

Sekiranya mereka tidak melakukannya, pihak kelab malam sendiri boleh menjalankan ujian RTK-Ag ke atas para pelanggan tersebut bagi memastikan mereka tidak menyebarkan COVID-19.

Pada hujung April yang lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa kelab malam akan kembali beroperasi 15 Mei ini berikutan ia tersenarai dalam ‘senarai negatif’ COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan.

“Larangan aktiviti yang disenaraikan dalam Majlis Keselamatan Negara yang diterbitkan pada 1 April 2022 akan ditarik balik pada 15 Mei 2022,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: