Antarabangsa

PM Jemput Tesla Melabur, Hasilkan Kereta Elektrik Di Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 14 Mei 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mempelawa Tesla supaya melabur di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik mereka.

“Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menemui Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (AS-ABC) di Washington baru-baru ini.

Menurut laman web Tesmanian, Tesla merupakan perniagaan yang sangat menarik untuk ekonomi mana-mana negara. Kilangnya memberi ribuan peluang pekerjaan yang boleh membantu proses baikpulih suatu kawasan, di samping pendapatan operasi kilang dapat dijana dalam bentuk hasil cukai.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri mengalu-alukan pelabur dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) yang berada dalam sektor digital, teknologi hijau dan kenderaan eletrik, terutamanya syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

Beliau turut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan menggalakkan para pelabur untuk melabur di negara ini.

Ismail Sabri kini dalam lawatan kerja di Amerika Syarikat, di mana beliau akan bertemu dengan Presiden AS, Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

Katanya, “Mereka menganggap Malaysia sebagai rakan perdagangan Amerika Syarikat yang penting.”

Leave a Reply

Back to top button