Tempatan

Pendedahan Kisah Pengislaman Nagahswaran Dan Tiga Anaknya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 15 Mei 2022 – Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya bertajuk ‘Pengislaman Nagahswaran Bersama Tiga Anaknya’ mendedahkan kisah bagaimana Nagahswaran dan tiga anaknya tertarik lalu memeluk agama Islam.

Video berdurasi 9 minit 10 saat itu menampilkan Abdullah (bukan nama sebenar), sahabat kepada Nagahswaran yang berkongsi kisah bapa bersama tiga orang anak-anaknya membuat keputusan menukar agama.

Menurut Abdullah, beliau mengenali Nagahswaran lebih kurang pada tahun 2013 di bengkel kereta miliknya ketika Nagahswaran datang menghantar kereta dan daripada situ mereka saling mengenali dan bersahabat.

Kisah pengislaman Nagahswaran bermula apabila anak- anaknya menyatakan keinginan kepada Nagahswaran sendiri untuk memeluk Islam.

BACA: Haniff Khatri: Firdaus Wong V Loh Siew Hong

BACA: “P. Ramasamy, see you in court!”- Firdaus Wong

BACA: Saya Bersetuju Dengan Ramasamy Agar Dibenarkan Perarakan Thaipusam – Firdaus Wong Wai Hung

Alasan anak-anaknya itu adalah kerana mereka dekat dengan Islam iaitu di sekolah mereka mempelajari Jawi dan berkawan dengan orang-orang Melayu serta mereka sangat menyukai agama Islam.

Hasrat anak-anaknya itu disampaikan Nagahswaran kepada sahabatnya dan Abdullah menerima berita gembira itu, lantas membantu mereka dengan membawa bapa dan tiga anak itu ke Jabatan Agama Islam untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Abdullah turut menceritakan reaksi Nagashwaran dan anak-anaknya yang gembira seperti melalui satu lembaran baharu dan anak-anaknya yang begitu teruja mempraktikkan ajaran Islam seperti menyarung tudung selepas memeluk Islam.

“Sebaik sahaja mereka memakai tudung di jabatan agama, mereka langsung tidak menanggalkannya lagi dan terus memakainya.”

Tambah Abdullah, selepas Nagahswaran memeluk Islam, beliau dibawa oleh Abdullah ke IDT (Persatuan Dakwah & Tarbiyyah Interaktif) untuk memperkenalkannya kepada Islam bersama saudara Lim (Lim jooi Soon).

Nagahswaran benar-benar ingin mendalami Islam kerana begitu bersemangat melemparkan soalan-soalan yang bagus kepada saudara Lim, jelas Abdullah lagi.

Abdullah juga turut memaklumkan bahawa sepanjang beliau mengenali sosok peribadi Nagahswaran, “Saya tidak pernah tengok dia hisap rokok ataupun minum arak ke ataupun berbau arak ke, tak pernah. Walaupun nampak gaya dia rambut panjang dengan tatu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: