Antarabangsa

Pelampau Hindu Rempuh Kelas Buru Pelajar Muslimah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 12 Februari 2022 – Pelajar Muslimah di India berdepan dengan satu lagi episod menakutkan selepas kelas pembelajaran mereka dirempuh masuk oleh segerombolan pelampau Hindu.

Berdasarkan video yang dimuat naik, pelampau-pelampau tersebut dilihat memanjat tingkap kecil di bahagian atas pintu kelas bagi membuka pintu kelas yang dikunci secara paksa.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Gusar dengan keadaan yang berlaku, guru wanita yang berada di dalam kelas itu cuba mengetatkan kunci selak di pintu namun gagal selepas seorang pelampau berjaya menendang pintu kelas sekaligus membuatkan selak pintu tersebut tercabut.

Sejurus terbuka, gerombolan pelampau Hindu yang memakai selendang Saffron itu terus merempuh masuk ke dalam kelas dan melakukan kacau ganggu ke atas para pelajar yang berada di dalam kelas.

Mahkamah Tinggi India baru-baru ini melarang pelajar-pelajar institusi pendidikan menghadiri kelas dengan memakai pakaian bersimbolkan keagamaan sehingga keputusan lengkap terhadap petisyen larangan berhijab bagi pelajar Muslimah dikeluarkan.

Mengulas insiden yang berlaku, Ahli Parlimen dari BJP, Dr Subramaniam Swamy menuntut bukti dari umat Islam jika benar pemakaian hijab adalah suruhan agama Islam.

“Jika kamu boleh menunjukkan kepada saya pemakaian hijab adalah penting di sisi agama Islam, sayalah orang pertama yang akan mengatakan, “Benarkan mereka memakai hijab”.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: