Antarabangsa

Ibu Muda Dirogol Berkumpulan, Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 31 Januari 2022 – Gara-gara cinta ditolak, seorang wanita diculik, dirogol beramai-ramai dan dibelasah dengan kayu sebelum diarak di jalanan seperti bukan manusia.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kasturba Nagar, Shahdara, New Delhi.

Dalam video yang kini sedang tular di media sosial, mangsa, seorang ibu muda dilihat dibelasah dengan kayu dan tali pinggang oleh pelaku yang terdiri daripada beberapa orang wanita dan lelaki.

Kemudian, seorang pelaku dilihat membotakkan kepala ibu muda tersebut manakala seorang lagi pelaku menyuruh seorang budak lelaki bawah umur memasukkan zakarnya secara paksa ke dalam mulut mangsa.

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Buang Islam Sebagai Agama Rasmi – Sarajun Hoda

Dalang kepada kejadian tidak berperikemanusiaan ini dilaporkan dilakukan oleh ahli keluarga lelaki yang ditolak cintanya oleh ibu muda itu.

Sedikit sebanyak latar belakang tragedi. Seorang budak lelaki, Ayush, 16, dikatakan jatuh cinta dengan mangsa yang ketika itu sudah berkahwin sejak dari tahun 2018.

Menurut adik mangsa, Ayush seringkali mengganggu kakaknya dan memaksa kakaknya untuk menceraikan suaminya, namun tidak diendahkan kakaknya.

Kecewa cintanya ditolak, Ayush membunuh dirinya dengan terjun di hadapan kereta api yang sedang bergerak pada 12 November 2021.

Keluarga Ayush menyalahkan wanita malang terbabit dan mula mengugut mangsa.

Ketakutan dengan ugutan, kakak mangsa membuat laporan polis, bukan sekali, malah sebanyak tiga kali kepada pihak polis berdekatan.

Apa yang pihak polis lakukan hanyalah memberi amaran kepada ahli keluarga pelaku, begitu sahaja.

Pada hari kejadian, yakni pada 26 Januari 2022, mangsa diculik dari rumah saat berada bersama dengan anaknya yang berusia 2 tahun, dirogol beramai-ramai dan dibelasah di jalanan, tidak jauh dari rumahnya.

Kejadian ini disaksikan oleh adiknya yang kemudiannya segera menghubungi polis meminta pertolongan.

15 minit daripada laporan, polis tiba di tempat kejadian dan membawa mangsa ke stesen polis Shahdara.

Mangsa melaporkan, sekumpulan lelaki dan wanita mengurungnya dalam sebuah bilik sebelum dia dirogol beramai-ramai oleh lelaki-lelaki yang berada di situ selepas dihasut oleh wanita-wanita lain.

Tidak cukup dengan itu, dia dibelasah dan dikalungkan dengan selipar, ditonyoh mukanya menjadi kehitaman sebelum diarak menjadi tontonan dan makian umum.

“Mereka memasukkan alat-alat sulit mereka untuk memburukkan nama mangsa… Lelaki-lelaki itu melakukannya di hadapan ibu mereka, ibu saudara mereka dan wanita-wanita lain di dalam keluarga,” kata DCP R Sathiyasundaram, polis Shahdara.

11 individu terdiri daripada 9 orang wanita dan dua kanak-kanak lelaki bawah umur telah ditahan susulan kejadian.

Mangsa kini berada ‘di rumah selamat di Delhi’ selepas keterangannya diambil dan selepas mangsa menjalani pemeriksaan perubatan.

Bercakap mengenai kejadian yang berlaku, seorang penduduk dari kawasan kejadian berkata, “Semua orang takut dengan keluarga pelaku kerana mereka menjual arak dan dadah. Booth polis di sini selalunya tiada orang dan polis tidak ambil peduli dengan komplen serta laporan dari kami.”

Leave a Reply

Back to top button