Tempatan

“Apakah Respon dan Tindakan Kerajaan Malaysia Soal Hak Asasi Muslim di India?” – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2022 – Seorang pengamal undang-undang terkemuka, Haniff Khatri mempersoalkan tindakan dan respon kerajaan Malaysia mengenai kejadian diskriminasi hak asasi Muslim di India dalam catatan Facebook beliau pada Khamis lalu.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Isu diskriminasi yang berlaku di India ini telah didedahkan oleh pihak media negara dan antarabangsa ke serata dunia, namun didapati tiada sebarang maklum balas dari kerajaan Malaysia mengenai perkara itu.

“Apakah respons dan tindakan Kerajaan Malaysia berhubung soal hak asasi penganut Agama Islam di India yang sedang didiskriminasi di sana, yang dengan jelas terbukti melalui pendedahan pihak media kepada seantero dunia?”

“Adakah mana-mana NOTA BANTAHAN dimajukan oleh Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan India, sekurang-kurangnya melalui Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia?” soalnya.

Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia perlu mengambil pendirian tegas dan menggesa kerajaan India khususnya negeri Karnataka, untuk mematuhi hak kemanusiaan antarabangsa yang membenarkan individu untuk menganuti agama masing-masing.

Hak ini juga selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang juga menghormati hak golongan minoriti untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman damai.

Ujarnya, pelbagai pihak dan juga pelajar telah mengambil tindakan perundangan di Mahkamah Tinggi Karnataka di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan India berkaitan dengan hak asasi untuk amalan agama masing-masing, namun ia masih dibicarakan di mahkamah di sana.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada badan bukan kerajaan di Malaysia yang berani mengutarakan bantahan dan kecaman melalui kenyataan yang lantang dan jelas di atas isu yang sedang berlaku di benua kecil India, iaitu Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Harapan beliau agar kerajaan Malaysia dapat bersuara di medan antarabangsa dengan lantang dan berani untuk menegakkan hak asasi sedunia serta kesemua rakyat Malaysia berhak mendesak pihak kerajaan menjawab persoalan ini dalam menzahirkan pematuhan kepada hak asasi antarabangsa yang diiktiraf melalui Resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Minggu lalu, tular berita mengenai pelaksanaan undang-undang baru di pusat Pendidikan di Karnataka, India yang menyekat kebebasan pelajar-pelajar perempuan daripada memakai Burkha di institusi pendidikan.

Susulan itu, tular juga berita dan video yang menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki yang menganggu dan mengejek pelajar perempuan yang masih memprotes ingin terus mengekalkan burkhanya.

Protes tersebut mengakibatkan keperluan penutupan semula institusi pendidikan oleh pihak berkuasa sehingga arahan lanjut dari pihak mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: