Antarabangsa

Papan Elektronik Di Qatar Papar Keindahan Nilai Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 28 November 2022 – Ayat-ayat inspirasi berkaitan Islam menghiasi papan elektronik di Qatar yang bertujuan untuk mengajar pengunjung tentang keindahan nilai Islam, menurut perkongsian dari sebuah portal yang menerbitkan artikel berinformatif tentang Islam dan umat Islam, IlmFeed.

Antara kata-kata inspirasi yang dipaparkan ialah,

“Iman saya mengajar saya untuk bersabar kerana al-Quran berkata: Selepas kesusahan ada kesenangan.”

“Al-Quran mengatakan kita adalah penjaga dunia, jadi saya bekerja keras untuk menjaganya.”

“Saya berusaha untuk kecemerlangan kerana itulah yang Islam ajarkan.”

“Senyum adalah satu sedekah.”

“Sayangi manusia seperti anda sayangi diri anda sendiri.”

Perkongsian tersebut telah mendapat 1,632 tanda suka dan 427 ulang ciap diikuti komen-komen yang positif daripada para pengguna yang kagum akan perkongsian itu.

Rata-rata pengguna mengucapkan “Maa Shaa Allah” pada hantaran berkenaan.

Baru-baru ini, Ikon Pemuda Qatar, Ghanim Al Muftah telah mengalunkan petikan surah Al-Hujurat, ayat 13 dalam acara Pembukaan Piala Dunia FIFA di Qatar.

Wakil Khas Perdana Menteri untuk Keharmonian Antara Agama dan Timur Tengah, Hafiz Muhammad Tahir Mehmood Ashrafi berkata Qatar telah melakar sejarah dengan mengekalkan nilai dan etika Islam sewaktu Piala Dunia FIFA 2022 ini.

Kata beliau, usaha yang dibuat oleh kerajaan Qatar dalam mengekalkan nilai-nilai Islam ini merupakan satu kebanggaan dan akan dikenang buat selama-lamanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: