Antarabangsa

China Isytihar Islam Penyakit Mental, Kita Mesti Belajar Dari China – Yati Narsinghanand

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 16 Jun 2022 – “China telah mengisytiharkan Islam sebagai penyakit mental, dan kita mesti belajar daripada mereka.”

Wartawan, CJ Werleman berkongsi dakwaan tersebut yang dilontarkan oleh Yati Narsinghanand yang merupakan ketua ekstremis hindu melalui laman rasmi Twitter miliknya pada beberapa hari yang lalu.

BACA: Minyak Naik Harga Lagi

BACA: Ahli Parlimen Israel Ingin Rakyat Palestin Lenyap

BACA: MAIPS Gagal Mencelah Kes Loh Siew Hong

Sebelum ini, portal Samudera.my melaporkan mengenai tindakan Yati yang juga sekutu Narendra Modi menganjurkan sebuah sidang kemuncak dan beberapa orang penceramah telah melaungkan seruan untuk membunuh dan menyerang tempat ibadat umat Islam di India.

“Boikot secara ekonomi tak akan berjaya. Kumpulan-kumpulan Hindu perlu majukan diri mereka. Pedang cuma nampak bergaya atas pentas sahaja. Peperangan melawan umat Islam boleh dimenangi oleh mereka yang mempunyai senjata yang lebih baik,” tegas Yati.

Dalam ciapan balas seorang pengguna laman sosial Twitter, @nrl_atirah kepada CJ Werleman, beliau mempersoalkan hal ini.

“Entah kenapa, Islam tidak pernah memudaratkan mana-mana agama tetapi kenapa mereka berasa seperti berada dalam bahaya…”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: