Pisahkan Agama Dari Kerajaan Persekutuan – Siti Kasim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 25 Januari 2022 – Siti Kasim, seorang pengamal undang-undang menyatakan bahawa usaha perlu dilakukan untuk memisahkan agama Islam daripada kerajaan Persekutuan.
“Kita perlu berusaha memisahkan agama dari kerajaan Persekutuan kita atau ahli politik akan terus menggunakan Islam dalam politik,” ujar beliau dalam sebuah ciapan di laman Twitter
Agree! We have these extremists in Malaysia too. We must make an effort to separate religion from our Federal government or politicians will continue to use Islam in politics. Politicians are no champion of a religion. They will use it to suit them. https://t.co/0OBqcq3K4P
— Siti Kasim (@sitikasim) January 24, 2022
Ciapan tersebut merupakan sebuah ‘quote tweet’ ataupun ‘ulasan’ kepada sebuah ciapan lain yang memuatnaik video Imam Mohammad Tawhidi berserta kapsyen:
“Kita mahu Islam tanpa pemenggalan, rejam dan pertumpahan darah.”
Dalam hantaran yang sama, Siti Kasim mengulas ciapan terbabit dan menyatakan bahawa di Malaysia juga ada golongan-golongan ekstremis sedemikian.
“Setuju! Kita pun ada ekstremis-ekstremis ini di Malaysia,” tegasnya.
Terdahulu, peguam terbabit pernah mencetuskan perdebatan hangat apabila beliau mempersoalkan undang-undang syariah Kelantan yang melarang pemakaian mencolok mata di tempat awam.