Antarabangsa

Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUJERAT, 01 Mac 2022 – “Saya saksikan bagaimana seorang wanita hamil dirogol saat beliau sedang meneran bagi melahirkan anak. Walaupun dirogol ketika melahirkan – beliau melahirkan seorang bayi yang hidup – tetapi mereka kerat dua bayi itu hidup-hidup juga.”

Baca: KDN, Sila Ambil Tindakan Terhadap Beberapa Pendakwah Islam – Menteri Sumber Manusia

Baca: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

“Mereka belah rahim wanita itu dengan pedang di hadapan saya.”

Begitulah luahan hati seorang ayah tua yang menyaksikan sendiri peristiwa serangan kejam ganas puak pelampau Hindu dalam pembunuhan beramai-ramai puluhan penduduk Islam ketika serangan rusuhan agama di Gujerat.

Temuramah Zindagi Live yang memenangi anugerah Indian TV Academy Award itu tular semula di media sosial, genap 20 tahun minggu berdarah ini.

Ibu itu bukanlah satu-satunya mangsa rogol berkumpulan sebelum dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka beragama Islam. Pakcik tua itu juga menyaksikan banyak lagi kekejaman rogol yang berlaku ketika itu.

“Kami cuba untuk menyelamatkan orang ramai, tetapi berapa sahaja yang dapat kita selamatkan?”

“Lelaki berusia 25 tahun rogol kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun.”

“Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dirogol, dan ketika itu dia menjerit-jerit meminta pertolongan kepada dua orang ibu bapanya. ‘Mak, ayah, tolong saya!'”

“Semua orang menjerit-jerit minta saya tolong mereka, ‘Pakcik, tolong saya!’, …bagaimana saya boleh tolong semua orang? Saya saksikan semua ini, saya berteriak menangis melihat apa yang saya saksikan.”

“Saya lihat mereka rogol dan kerat mangsa-mangsa dengan pedang. Saya telah beri keterangan mengenai perkara ini kepada beberapa pihak – tetapi saya tidak letak sebarang harapan – cuma Tuhan saya yang mendengar.”

Keluarga pakcik tua itu juga ditimpa malang dalam kejadian itu – isterinya dan 3 orang anak perempuannya mati dibunuh. 3 orang anak lelakinya juga dibunuh oleh para pelampau Hindu, manakala seorang lagi anak lelakinya terselamat meskipun terpaksa hidup menderita kerana sebahagian daripada tubuhnya telah dibakar.

“Saya tak lena makan. Saya tak boleh tenang. Tutup sahaja mata dan perkara tersebut kembali akan terimbas kembali? Kepada siapa yang boleh saya cerita tentang semua ini?”

Perdana Menteri India, Narendra Modi dilaporkan terlibat dalam rancangan mencetuskan pembunuhan besar-besaran umat Islam ketika itu, sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Gujerat.

Beliau dikatakan telah menggunakan jentera kerajaan dan jabatan polis negeri untuk tujuan itu.

Walau bagaimanapun, Narendra Modi terlepas dari sebarang pendakwaan malah semakin meningkat popular di kalangan para penyokongnya dan ini amat membantu karier politik beliau sehingga berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri India.

Namun begitu, beberapa orang bawahannya termasuk Maya Kodnani, mantan Menteri Wanita Gujarat dari parti BJP telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: