Antarabangsa

Pertama Kali Dalam Sejarah, Parti Pemerintahan India Tiada Ahli Parlimen Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 11 Julai 2022 – Peletakan jawatan Menteri Hal Ehwal Minoriti, Mukhtar Abbas Naqvi menjadikan parti pemerintah India tidak mempunyai ahli Parlimen beragama Islam buat kali pertama dalam sejarah.

Ahli politik berusia 64 tahun itu merupakan satu-satunya menteri beragama Islam dalam Parti Bharatiya Janata (BJP) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi yang memenuhi hampir 400 kerusi di Parlimen.

Mukhtar meletak jawatan sehari sebelum penggal sebagai ahli parlimen dijadualkan berakhir.

Peletakan jawatan itu berlaku ketika parti tersebut berdepan dakwaan menganiaya masyarakat minoriti sejak memegang tampuk kerajaan pada 2014.

Penganalisis politik merangkap wartawan, Arathi R Jerath, berkata, BJP sebelum ini mempunyai ‘token’ apabila melibatkan wakil beragama Islam menyertai pentadbirannya.

“Namun, situasi itu berubah selepas Mukhtar meletak jawatan. Mereka sudah tidak ada wakil Islam lagi. Ini merupakan perkara baharu dan luar biasa.”

“Mungkin ini menunjukkan bagaimana BJP berubah di bawah pemerintahan Modi yang menjelaskan, parti itu tetap boleh meraih sokongan dan undian rakyat biarpun tidak mempunyai wakil Islam,” katanya kepada Al-Jazeera.

Kini jawatan Menteri Hal Ehwal Minoriti telah digalas oleh bekas aktres, Smriti Irani, 46 tahun.

Leave a Reply

Back to top button