Antarabangsa

Sekularisme Tidak Bermaksud Wajar Merendahkan Tuhan-Tuhan Hindu – Geert Wilders

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTERDAM, 14 Jun 2022 – Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders ketika memberi pendapat berkenaan kontroversi antara agama di India menyatakan bahawa sekularisme tidak bermaksud membolehkan satu-satu pihak bertindak merendahkan tuhan-tuhan Hindu.

“Sekularisme tidak sepatutnya bermakna wajar untuk merendahkan tuhan-tuhan Hindu dan sebaliknya menjadi tidak wajar apabila bercakap yang benar mengenai Nabi Muhammad S.A.W,” kata Geert Wilders yang sebelum ini menyatakan sokongan penuh kepada Nupur Sharma dalam kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Justeru, beliau mendakwa bahawa tindakan Nupur Sharma membalas kenyataan dengan menyatakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W adalah wajar sekali.

“Oleh itu, apabila #nupursharma bertindak balas terhadap seseorang yang merendahkan tuhan Hindu itu adalah wajar.”

Geert Wilders sebelum ini dalam satu kenyataan, menyeru orang-orang di India supaya jangan gentar dengan negara-negara Islam dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Ahli Parlimen Belanda tersebut turut menempelak reaksi orang-orang Arab dan negara-negara Islam yang marah terhadap tindakan ahli politik India Nupur Sharma menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut Geert Wilders, Jurucakap Nasional parti politik Bharatiya Janata Party (BJP) itu menyatakan kebenaran.

Minggu lalu, dunia digemparkan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh bekas jurucakap BJP, Nupur Sharma.

Nupur Sharma mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: