Antarabangsa

Negara Arab Jangka Sambut Aidilfitri Sabtu, 22 April

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 17 April 2023 – Kebanyakan negara Arab menjangkakan kemungkinan besar Sabtu, 22 April 2023 akan menjadi hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, penampakan anak bulan pada Khamis petang adalah sangat sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca luar biasa.

Ujar IAC, “Melihat hilal pada Khamis depan tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam. Melihat hilal pada hari Khamis adalah mustahil dengan menggunakan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian Afrika Barat bermula Libya.”

BACA JUGA: 2 Kawasan Terus Catat IPU Tidak Sihat

BACA JUGA: Dalam Sebulan, Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat 481% Di Asia Tenggara – WHO

BACA JUGA: Malaysia Rekod Hampir 1 Juta Penagih Dadah – MASAC

Walau bagaimanapun, pusat astronomi itu mengatakan bahawa ramalan yang dibuat berdasarkan maklumat astronomi dan tarikh sebenar perayaan Aidilfitri hanya akan disahkan oleh pihak berkuasa berkenaan berdasarkan kepada melihat anak bulan.

Tambah IAC, majoriti negara-negara dunia Islam dijangkakan ingin mengumumkan permulaan bulan Syawal pada hari Jumaat.

Namun bagi negara yang memerlukan penglihatan mata kasar sahaja atau penglihatan tempatan dengan teleskop, mereka dijangka terus berpuasa hingga genap 30 hari Ramadan.

Justeru itu, sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada hari Sabtu untuk negara-negara berkenaan, kata pusat itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: