Tempatan

Kerajaan Setuju Lanjutkan Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa 2022

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 29 April 2022 – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) sehingga 10 Mei 2022 ini.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa SHMMP HRP 2022 akan berkuat kuasa dari 26 April sehingga 6 Mei 2022.

SHMMP HRP 2022 dilaksanakan sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.

“Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendengar pandangan serta permintaan daripada golongan pengguna, Kerajaan melalui Mesyuarat Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bersetuju supaya tempoh pelaksanaan SHMMP HRP 2022 telah dilanjutkan sebanyak empat (4) hari sehingga 10 Mei 2022 berbanding pengumuman yang telah dilakukan sebelum ini sehingga 6 Mei 2022,” kata Menteri KPDNHEP Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.

Tambahnya, ini kerana HRP 2022 merupakan hari raya yang amat berbeza setelah pandemik COVID-19 sejak 2020 yang tidak membolehkan rakyat mengadakan upacara rumah terbuka dan kunjung mengunjung secara fizikal.

“Tentunya pengumuman YB Menteri Kesihatan pada 27 April 2022 yang tidak mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat terbuka merancakkan lagi sambutan hari raya 2022,” ujarnya lagi seperti dilaporkan dalam Facebook rasmi KPDNHEP.

21 April lalu, KPDNHEP mengumumkan bahawa, sebanyak 22 jenis barangan akan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2022 yang melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Senarai harga barangan harga terkawal bagi SHMMP HRP 2022 adalah seperti berikut: Klik Sini 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: