Tempatan

Kena Scam RM20,000, Hati-Hati Beli Baju Raya Online

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin bin Md Din, baru-baru ini mengeluarkan sebuah kenyataan media mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membeli baju raya secara atas talian.

Tambahnya lagi, kegiatan sindiket ini setakat yang dilaporkan sudah sejumlah 22 kes, dengan kadar kerugian dianggarkan sekitar RM19,773.

Jelasnya, sindiket sebegini giat menggunakan laman media sosial bagi memerangkap pengguna susulan peningkatan permintaan yang mendadak gara-gara Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

“Sindiket penipuan dikesan mulai aktif melakukan penipuan dengan mengiklankan penjualan pakaian serta kelengkapan hari raya yang tidak wujud di media sosial,” ulasnya lanjut.

Pengguna juga diingatkan untuk menggunakan laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang berkemungkinan digunakan untuk tujuan jenayah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: