Tempatan

Hukuman Berat Ibu Bapa Benar Anak Bawah Umur Memandu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 10 Mei 2022 – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyarankan agar hukuman berat dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak atau remaja bawah umur memandu kenderaan tanpa lesen.

“Bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan paling berat kerana kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak,” katanya ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana di sini pada Ahad lalu.

Menurutnya, jika tiada lesen bermakna pemandu tidak mempunyai perlindungan insurans yang bukan sahaja boleh memudaratkan diri sendiri malah pemandu yang lain juga.

Jelasnya, langkah berkenaan dirasakan perlu bagi memastikan kes kemalangan membabitkan pemandu bawah umur tanpa lesen tidak berulang.

Ini berikutan berlakunya kejadian seorang remaja lelaki bawah umur yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh dua pekerja mesin rumput hingga seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Kuala Muda, Kedah pada Sabtu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: