Tempatan

Agong Sifatkan Pembukaan Semula Hagia Sophia Detik Bersejarah Buat Umat Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Mei 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pembukaan Hagia Sophia Grand Mosque di Istanbul, untuk ibadah solat sunat Tarawih bermula 1 April 2022 sebagai detik bersejarah kepada rakyat beragama Islam di Republik Turki dan juga seluruh dunia.

Seri Paduka Baginda menyatakan perkara tersebut ketika menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan dan berkenan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Republik Turki itu di atas pembukaan Hagia Sophia yang buat pertama kalinya dalam 88 tahun.

Kedua-dua pemimpin turut menzahirkan rasa kegembiraan dengan hubungan dua hala yang terjalin kukuh di antara Malaysia dan Turki dalam pelbagai bidang kerjasama berkepentingan termasuk ekonomi dan perdagangan, menurut hantaran di Facebook Istana Negara.

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga telah menyampaikan persetujuan untuk berangkat melakukan Lawatan Negara ke Republik Turki pada suku ketiga tahun ini.

Perbualan selama 20 minit yang bermula pada jam 5.00 petang, juga menyaksikan Seri Paduka Baginda dan Erdogan masing-masing bertukar menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah.

Seri Paduka Baginda, bagi pihak KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, turut menzahirkan ucapan kepada Puan Yang Terutama Emine Erdogan, isteri kepada Presiden Republik Turki.

Sebelumnya, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Sultan Brunei Darussalam, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, masing-masing bertukar menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah, termasuk kepada ahli keluarga.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: