Antarabangsa

Turkiye Kini Kuasa Nuklear, Kerjasama Dengan Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 29 April 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah membuat pengumuman mengenai penyertaan negara tersebut dalam kalangan negara-negara yang terlibat dengan kuasa nuklear.

Pengumuman tersebut dibuat setelah berlangsungnya penghantaran bahan api ke loji kuasa Akkuyu pada Khamis lalu, di mana loji nuklear tersebut adalah merupakan sebuah projek kerjasama terbesar Turkiye dengan Rusia. Ujar Erdogan,

“Dengan penghantaran bahan-bahan api nuklear melalui udara dan laut ke loji kuasa kita, Akkuyu kini telah mencapai status sebagai sebuah loji nuklear.”

BACA JUGA: Apa Peranan Sebenar OIC? Menteri Pertanian Persoal Keabsahan OIC

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Jenayah Kebencian Bakal Meningkat Di AS Menjelang Pilihan Raya 2024 – Pemerhati

Kenyataan tersebut dibuat Erdogan dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh beliau dan Presiden Rusia, Vladimir Putin secara berasingan.

Loji 4,800 megawatt tersebut yang disiapkan dengan perbelanjaan sebanyak $20 bilion itu telah terselamat daripada kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu baru-baru ini tanpa berlakunya sebarang kerosakan.

Erdogan juga pada kenyataan yang sama mengatakan bahawa loji tersebut adalah kerjasama terbesar negara tersebut dengan Rusia. Beliau juga menyatakan bahawa loji tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018.

Pembinaan loji tersebut telah bermula pada tahun 2018, di mana ianya telah dijalankan oleh sebuah firma tenaga nuklear, Rosatom yang berasal dari Rusia. Sekitar 30,000 tenaga kerja diperlukan di tapak pembinaan loji tersebut sewaktu fasa yang paling sibuk bagi pembinaannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: