Antarabangsa

Korea Selatan Mula Latihan Ketenteraan Bersama Amerika Syarikat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA SELATAN, 10 Oktober 2022 – USS Ronald Reagan, sebuah kapal pengangkut pesawat yang dijanakan oleh tenaga nuklear telah melancarkan satu lagi sesi latihan ketenteraan laut bersama kapal perang Korea Selatan.

Latihan ketenteraan tersebut telah bermula pada Jumaat lalu, sehari setelah Korea Selatan melancarkan peluru berpandu balistik serta menerbangkan pesawat-pesawat tempur dalam keadaan yang mengeruhkan lagi ketegangan dengan pihak lawan.

USS Ronald Reagan berserta pasukannya telah kembali semula ke perairan berhampiran Semenanjung Korea setelah Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang berkemungkinan berkuasa nuklear melalui Jepun awal minggu lalu.

Pelancaran yang dibuat oleh Korea Utara itu adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan USS Ronald Reagan serta pasukannya yang telah memulakan sesi latihan bersama kapal-kapal laut Korea Selatan.

Korea Utara melihat tindakan bersama di antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan itu sebagai sebuah usaha bagi menawan negara komunis terbabit.

Latihan terbaharu itu yang turut melibatkan kapal pemusnah serta beberapa kapal perang lain oleh AS dan Korea Selatan itu yang telah dijalankan di kawasan perairan antarabangsa sekitar pantai timur semenanjung.

Latihan tersebut adalah bertujuan bagi memperkukuhkan keupayaan pertahanan sekutu terbabit dan ianya akan turut melibatkan latihan bagi mengiringi USS Ronald Reagan dalam kawasan sekitar pulau Jeju.

Korea Utara dikatakan mungkin akan menunjukkan tindak balas terhadap latihan tersebut dengan beberapa lagi percubaan pelancaran peluru berpandu.

Kementerian Luar Korea Selatan pada Khamis lalu telah membuat kenyataan bahawa kapal pengangkut AS tersebut telah mewujudkan ancaman terhadap kestabilan situasi di Semenanjung Korea dan sekitarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: