Tempatan

Menteri Agama Jamin Isu Loji Sembelihan Australia Tidak Jejas Bekalan Daging Aidiladha

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 18 Jun 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad memberi jaminan bahawa bekalan daging menjelang sambutan hari raya Aidiladha tidak akan terjejas kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu khusus bagi lembu hidup.

Tambah beliau, dibandingkan dengan perayaan Aidiladha, permintaan daging pada musim Aidilfitiri adalah lebih tinggi.

“Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang tunggu lembu hidup.”

Kenyataan beliau tersebut adalah sebagai respon selepas diminta mengulas mengenai sama ada penggantungan kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal baru- baru ini akan menjejaskan bekalan daging ketika Aidiladha atau sebaliknya.

Selain itu, Datuk Idris Ahmad turut mengulas mengenai status penggantungan kelulusan loji sembelihan tersebut, beliau berkata perkara itu masih dalam proses siasatan.

Sebelum ini, kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia pada 14 Mei lalu telah digantung oleh JAKIM sehingga mereka memperolehi hasil siasatan secara menyeluruh.

Tindakan itu dibuat selepas seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘The Hood Man’ atau Abdullah membuat satu pendedahan di mana loji sembelihan tersebut didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: