88 Tahun Di Bawah Sekular Hagia Sophia Kembali Adakan Solat Terawih
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ISTANBUL, 04 April 2022 – Setelah 88 tahun dibiar sepi sebagai muzium, Hagia Sophia kini kembali disinari takbir dan selawat jemaah yang mengerjakan solat sunat terawih bersempena Ramadan.
Pada tahun 2020, Hagia Sophia kembali mendapat status asalnya sebagai sebuah masjid susulan keputusan mahkamah yang mengesahkan bahawa Hagia Sophia asalnya diwakafkan sebagai sebuah masjid sebelum ditukarkan kepada muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Adapun bagi tahun 2021, Hagia Sophia tidak dapat digunakan untuk melaksanakan solat terawih kerana kes COVID-19 yang memuncak ketika itu.
Setelah melihatkan kepada kadar vaksinasi rakyat, Hagia Sophia dan masjid lain dibenarkan beroperasi.
Hagia Sophia pada asalnya adalah merupakan sebuah gereja Ortodoks yang dibina pada tahun 537 AD sebelum ditukarkan kepada masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh lebih kurang 900 tahun setelah Hagia Sophia dibina.
Rata-rata Muslim di media sosial menyuarakan rasa kagum dan syukur tentang hal ini, di mana seorang pengguna menyatakan:
“Ia (suasana terawih di Hagia Sophia) sangat menenangkan dan menyenangkan untuk dilihat,” ujar seorang pengguna Twitter.