Tempatan

Kutip Derma Di Masjid Tanpa Kebenaran MAIS Tidak Dibenarkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 07 Mei 2022 – “Adalah ditegaskan, tindakan mana-mana orang membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi maksud khairat dan manfaat agama Islam tanpa surat kebenaran MAIS, adalah suatu kesalahan bawah Subseksyen 106 (4) Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) tahun 2013 pindaan 2018.”

Semua pihak sama ada individu, kumpulan, pemilik sekolah swasta, pertubuhan bukan kerajaan atau parti politik dilarang memungut wang atau sumbangan di masjid, surau dan musolla tanpa kebenaran.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata larangan itu termaktub bawah Seksyen 106 (1) enakmen sama.

“Jika sabit salah, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM1, 000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya,” ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat lalu.

Jelasnya, pihak pentadbir masjid, surau dan musolla tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kutipan khairat bagi apa-apa tujuan oleh mana-mana pihak selain untuk tujuan dan manfaat masjid, surau dan musala masing-masing.

Tambahnya lagi, penerimaan dan perbelanjaan wang atau sumbangan yang sah perlu diaudit oleh pentadbir masjid dan dilaporkan kepada JAIS.

Dalam pada itu, beliau berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak perkenan wujud individu atau pihak yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati umat Islam.

“Baginda bimbang terdapat pihak mengambil kesempatan menggunakan wang sumbangan bagi kepentingan peribadi atau kekuasaan dan pengaruh selain untuk menguatkan lagi kumpulan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.”

Justeru, beliau menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang sumbangan, bagi memastikan aktiviti kutipan khairat tanpa kebenaran itu tidak lagi berlaku di Selangor.

“Orang awam juga boleh menghulurkan derma atau sumbangan sedekah secara terus kepada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) yang diuruskan oleh JAIS,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: