Tempatan

Agong Seru IPT Terap Elemen Kejujuran, Amanah Dan Integriti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam Titah Diraja sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-93 semalam, menyeru kepada semua institusi pengajian tinggi (IPT) agar menerapkan elemen kejujuran, amanah dan integriti dalam setiap jiwa mahasiswa.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, Selangor.

Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah serta DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut barisan pengurusan tertinggi UiTM.

Pada istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Canselor UiTM telah berkenan mewasalkan pemasyhuran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu berkuatkuasa 18 Okt 2021 hingga 17 Okt 2024.

Seterusnya Seri Paduka Baginda bertitah bahawa pembudayaan integriti hendaklah wujud dalam setiap jiwa dan sanubari rakyat bermula daripada bangku sekolah dan terus ditanam serta diperkasakan ketika di menara gading.

Seri Paduka Baginda juga memuji pencapaian graduan UiTM yang telah berjaya mencipta nama di persada dunia menerusi pencapaian akademik yang cemerlang, khususnya para graduan daripada bidang perakaunan.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 ini berlangsung secara bersemuka bermula semalam hingga 6 Julai menyaksikan seramai 27,287 graduan akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 169 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah; 1,243 Ijazah Sarjana; 62 Profesional; 163 Diploma Lepasan Ijazah; 9,024 Ijazah Sarjana Muda dan 16,626 graduan menerima Diploma.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: