Tempatan

Kes Buli Pelatih Perubatan: Melayu Pergi Balik Tanam Padi!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 07 Mei 2022 – “Saya disuruh balik menoreh getah, manakala yang Melayu pula disuruh balik ke sawah padi. Saya tertekan. Kami dipaksa berkerja selama 18 jam tanpa henti.” Berikut merupakan luahan seorang bekas pelatih perubatan dari salah sebuah hospital utara tanah air.

Menurutnya, pegawai-pegawai perubatan kebiasaannya akan melayan pelatih dengan teruk, di mana pelatih terpaksa menghadapi herdikan berbaur perkauman, dipaksa berkerja secara berlebihan dan dibuli.

Lapor FMT, kematian seorang pelatih perubatan baru-baru ini menggerakkan pelatih dan bekas pelatih perubatan untuk ‘membuka pekung’ yang selama ini didiamkan dalam dunia perubatan.

Lebih mengejutkan lagi, kematian pelatih tersebut bukanlah kejadian pertama melibatkan pelatih perubatan, di mana kejadian yang sama turut berlaku pada Disember 2020.

Berikut merupakan antara testimoni yang didapati oleh FMT:

“Semua orang ada had kemampuan masing-masing dan kebolehan yang berbeza – Pegawai perubatan yang ‘kejam’ ini akan mencari mangsa dalam kalangan mereka yang ‘lemah’,” ujar seorang bekas pelatih perubatan.

“Seorang doktor kata yang saya tak ada harapan, dan dia suruh saya pergi terjun dari tingkat tertinggi bangunan,” tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, gejala buli ini turut memberi kesan kepada pesakit yang dibawa ke hospital tersebut di mana salah satunya melibatkan kematian.

“Pegawai perubatan yang bertugas (ketika itu) sedang menyambung pelajaran dalam peringkat ‘Masters’ dan (ketika itu) tiga minggu sebelum dia mulakan kelas. Saya jadi kambing hitamnya.”

“Saya (terpaksa) menjaga 20 orang pesakit dan pegawai perubatan tersebut hilang entah ke mana. Saya kemudiannya dipanggil pembunuh atas sesuatu yang saya tak pernah buat,” luah seorang lagi.

Budaya buli yang mengeruhkan keluhuran bidang perubatan dan merupakan sebuah pengkhianatan kepada ‘Sumpah Hippocrates’ ini turut hangat diperkatakan di media sosial.

Salah seorang pengguna laman Twitter menceritakan bagaimana bekalan makanannya dibuang supaya dia tidak dapat makan dan perlu menjaga pesakit.

“Sumpah Hippocrates” adalah merupakan sebuah ‘ikrar’ yang dipegang oleh pengamal perubatan semenjak berkurun lamanya, di mana ia bertujuan untuk menggariskan tatasusila dan etika pengamal perubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: