Antarabangsa

Turki Temui Rizab Minyak Bernilai RM52 Bilion – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 14 Disember 2022 – Turkiye telah berjaya menemukan rizab minyak yang bernilai sekitar RM52 bilion yang terletak di sekitar bukit tenggara. Rizab minyak yang ditemukan tersebut adalah berjumlah sekitar 150 juta tong.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet di Ankara pada Isnin lalu menyatakan bahawa penemuan tersebut adalah salah sebuah penemuan terbesar dalam kalangan 10 penemuan darat di tahun 2022.

Menurutnya, “Kita telah menemukan 150 juta tong rizab minyak di Bukit Gabar. Ianya adalah salah satu daripada 10 penemuan terbesar darat bagi tahun 2022. Nilai bagi rizab tersebut adalah pada sekitar 12 juta dolar.”

Erdogan turut menyatakan bahawa Turkiye telah mempergiatkan aktiviti pencarian minyak di darat termasuklah daripada daerah-daerah yang ditinggalkan berikutan berlakunya kejadian terorisme.

Negara tersebut mensasarkan pengeluaran harian sebanyak 100,000 tong yang memerlukan lebih banyak kajian seismic, lebih banyak pengorekan dan kaedah-kaedah yang meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran tersebut.

Daerah yang mana rizab minyak baharu itu ditemui kini telah dinamakan bersempena dengan nama Gendermerie Esma Cevik, seorang individu yang telah terkorban sewaktu berlangsungnya kerja-kerja pembersihan di bukit Gabar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: