Antarabangsa

Masjid Pinggir New Delhi Diserang Perusuh, Imam Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 02 Ogos 2023 – Seorang imam maut dalam serangan di sebuah masjid pinggir ibu kota India, New Delhi selepas sekumpulan pelampau nasionalis Hindu membakar dan melepaskan tembakan ke arah masjid tersebut semalam.

Menurut laporan, mangsa dikenal pasti sebagai Maulana Saad, 19 tahun yang merupakan imam Masjid Anjuman Jama, terletak di Sektor 57, bandar Gurugram.

Masjid tersebut diserang kumpulan perusuh, sehari selepas insiden keganasan berlaku di daerah jiran, utara Haryana.

BACA JUGA: Elak Berkempen Sentuh Isu 3R – MB Pahang

BACA JUGA: Cubaan Seludup Beras, Gula Di Sempadan Malaysia-Indonesia Tumpas

BACA JUGA: Penemuan Najis Tikus, 4 Kilang Makanan Diarah Tutup – JKNM

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Nitish Agarwal berkata, “Sekumpulan 50 hingga 60 penjenayah telah melepaskan tembakan dan membakar Anjum pada awal pagi Selasa, yang membawa kepada kematian seorang dan mencederakan seorang lagi.”

Sehubungan itu, pihak polis telah menahan beberapa individu, mendaftarkan laporan polis sekali gus menjalankan siasatan ke atas kejadian yang berlaku.

Bagaimanapun, Gurugram terus kekal tegang sepanjang hari menyaksikan perusuh berkeliaran di jalanan, membakar kedai bahkan merosakkan kedai makan kecil, yang kebanyakannya milik orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: