Islamofobia Di India: “Tidak Mahu Penghantar Makanan Muslim”
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
HYDERABAD, 03 September 2022 – Seorang pelanggan meminta di aplikasi penghantaran makanan untuk tidak menghantar penghantar makanan Muslim bagi menghantar makanannya, lapor sebuah portal antarabangsa.
Pengerusi JAC Teksi dan Pemandu Negeri Telangana Bernama Shaik Salahuddin telah berkongsikan tangkap layar mengenai insiden itu di akaun Twitternya dan mencadangkan agar Swiggy, aplikasi penghantaran makanan berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap insiden sedemikian.
Dear @Swiggy please take a stand against such a bigoted request. We (Delivery workers) are here to deliver food to one and all, be it Hindu, Muslim, Christian, Sikh @Swiggy @TGPWU Mazhab Nahi Sikhata Aapas Mein Bair Rakhna #SareJahanSeAchhaHindustanHamara#JaiHind #JaiTelangana pic.twitter.com/XLmz9scJpH
— Shaik Salauddin (@ShaikTgfwda) August 30, 2022
Warganet turut meluahkan rasa tidak senang mereka apabila terdapat seorang pengguna dengan nama @DalerModi meminta agar nama pelanggan itu diberitahu kepada umum.
Name and shame him/her. If they’re so shameless and make this request, then there is no harm in naming them
— Daler Modi (@DalerModi) August 30, 2022
Seorang lagi pengguna dengan nama @drvintiagarwal mencadangkan agar pihak Swiggy membatalkan permintaan yang aneh dan taksub seperti itu daripada pelanggan.
@Swiggy please cancel all such orders that make such outlandish and bigoted requests…
— Vinti (@drvintiagarwal) August 30, 2022
Menurut Salahuddin, insiden seperti itu bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah seorang pelanggan menolak tempahan hanya kerana penghantar makanan Muslim yang membawa makanannya.
Sebelum ini juga, Swiggy juga pernah mengalami insiden di mana seorang lelaki Hindu dari Hyderabad telah memesan Chicken 65 dari Grand Bawarchi yang dimiliki oleh seorang Muslim. Lelaki itu bahkan meminta agar makanan itu dihantar oleh penghantar makanan Hindu.
Samudera.my pernah melaporkan bahawa islamofobia yang berkembang di seluruh Barat telah mengambil bentuk yang paling ganas di India, menurut Profesor Avram Noam Chomsky menerusi satu webinar bertajuk “Worsening Hate Speech and Violence in India”.
“Ini menjadikan negara itu sebuah etnokrasi Hindu dengan hampir 250 juta orang Islam menjadi minoriti yang teraniaya,” ujarnya.