Antarabangsa

Hak Asasi Manusia: Otoriti India Guna Jentera Kerajaan Diamkan Kritik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 16 Februari 2022 – Kerajaan India yang diterajui Bharatiya Janata Party (BJP) telah menggunakan kuasa mereka untuk mendiamkan pihak-pihak yang mengkritk mereka, baik wartawan, aktivis, orang yang memprotes, penggiat seni dan syarikat perniagaan menurut laporan Humans Rights Watch.

Humans Rights Watch turut mendakwa kerajaan BJP banyak menggubal undang-undang yang mendiskriminasi golongan beragama Islam.

Dasar-dasar yang teruk, digandingkan dengan kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas pelampau BJP dan nasionalis Hindu yang menyerang umat Islam di India mencetuskan kerisauan Human Rights Watch.

“Ini (undang-undang yang mendiskriminasi) digandingkan dengan hasutan membenci umat Islam oleh pemimpin-pemimpin BJP serta kegagalan pihak polis mengambil tindakan ke atas penyokong BJP yang melakukan keganasan, telah menggalakkan lagi pelampau nasionalis Hindu untuk menyerang umat Islam dan pengkritik kerajaan,” lapor Human Rights Watch.

Kadar keganasan di India terhadap golongan minoriti terutamanya penganut agama Islam sangat membimbangkan pemerhati antarabangsa.

Baru-baru ini tular video pelampau Hindu merempuh kelas dan mengganggu pelajar-pelajar Muslimah di sana.

Antara cara kerajaan BJP mendiamkan pejuang hak asasi adalah dengan menggubal undang-undang yang menyekat dana luar dari membantu pihak-pihak yang dikira sebagai ‘menentang’ mereka, selain menuduh ‘musuh’ mereka dengan tuduhan penyelewengan wang dan sebagainya.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: