Tempatan

Pengikut Ajaran Sesat SiHulk Didakwa Cari Suaka Di New Zealand

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 02 Ogos 2023 – Pengikut ajaran sesat SiHulk dikatakan sedang mencari suaka di New Zealand, sepertimana yang dilaporkan sebuah berita tempatan.

Menurut Presiden Persatuan Perniagaan Malaysia New Zealand, Dave Ananth, beliau telah dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial (MSD) negara berkenaan bahawa kira-kira 150 keluarga yang menjadi pengikut ajaran sesat itu berada di negara tersebut.

Difahamkan, mereka mencari suaka di negara berkenaan atas dasar agama dan telah tiba di negara tersebut pada bulan lepas serta sedang mendapatkan bantuan serta bantuan kewangan daripada MSD, menurut Dave.

Namun begitu, ujar Dave yang juga bekas majistret di Malaysia dan kini mengamalkan undang-undang di New Zealand berkata, pada pandangannya kumpulan itu tidak layak mendapat suaka atas alasan penganiayaan agama.

BACA JUGA: Negara Perlu Hampir RM400 Bilion Hadapi Impak Perubahan Iklim

BACA JUGA: Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids 13 Ogos Ini

BACA JUGA: Penemuan Najis Tikus, 4 Kilang Makanan Diarah Tutup – JKNM

“Anda tidak boleh masuk ke sini dan berkata, ‘saya dianiaya secara agama’. Malaysia mempunyai Islam sebagai agama terasnya, dan ia dihormati secara meluas sebagai sebuah negara sederhana. Saya tidak terima bahawa terdapat penganiayaan apabila agama lain dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka secara harmoni,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata bahawa beliau sedang berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau, kedatangan kumpulan terbabit telah menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa Wellington yang tidak mahu program perlindungan pelarian mereka disalahgunakan.

Malah, ia turut menimbulkan kegusaran kepada masyarakat Islam Malaysia dan Singapura yang berada di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: